THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 20, 2010

::cuti musim salju::


Salam semua~ \(^>^)/

sekian lamanya xmenaip di blog ini..
sunyi sepi..
mungkin kerana mood saya yang sering berubah..
mungkin juga kerana merasakan tidak perlu menaip perkara2 yang tidak memberi apa2 kpada kalian yang membaca.. ^^

cuti musim salji..jangka masa yang singkat,(2minggu lebih kurang)
yang selepasnya ada final sem exam..
tapi di selepas itu,ada cuti musim bunga yang sangat panjanggggggg~~^3^/
sebelum cuti musim salji,memang most of the uni di jepun ini busy dengan exams mid sem.
apatah lagi course saya.(applied chemistry)

di pengakhiran musim exam saya,
saya diuji,diuji olehNya yg pada saya,diuji pada pengharapan dan rasa kebergantungan padaNya..
Alhamdulillah.saya masih diuji olehNya..^^

di hujung2 musim exam,ketika paper yang tinggal hanya 2 paper sahaja lagi,saya diuji olehNya..
ketika itu,hati dan perasaan tidak tentu arah,tidak tenang,diri x fokus untuk study..
segala kerja trbengkalai..
hati jadi xtentu arah,saya jadi xtentu arah.
kerana sejujurnya,saya x tahu sebab musabab saya mengalami perasaan sedemikian..
sejujurnya,terasa mahu mencari alternatif jahiliyah dalam mncari ketenangan,,
namun alhamdulillah,Allah kuatkan hati saya,lembutkan hati saya untuk mencari ketenangan dalam jalan yang diredhaiNya,yang inshaAllah baik dalam proses tumbesaran saya..^^

dalam kebingungan itu,hati tergerak untuk menelefon seorang teman nunnn di utara.Alhamdulillah.daripada bercakap dengannya,saya ketemu sebab musabab perasaan xtenteram ini..
walaupun cik teman tu merasakan tidak layak untuk saya menelefonnya dalam hal ini..

namun,wahai cik teman tersayang..Allah mengillhamkan saya untuk menelefon cik teman sayang,mustahil prcakapan itu mnjdi 1 yang sia2..^^
Alhamdulillah,daripada menelefon cik teman,saya jumpa sebab hati xtenteram..

saya mnyedari,perasaan xtenteram ini,xtenang ini..datangnya dari diri yang memikrkan pengakhiran exam saya.
memikirkan bagaimana result saya nanti..kerana sejujurnya buntu dari mana harus dimulakan study itu(ya,..mungkin kerana frust xboleh jawab pertama kali exam itu..=ini ialah repeat exam)
ketakutan result yang akan teruk,membuatkan hati xtenang,sehingga diri buntu,dan segala kerja terbengkalai,
study pun xfokus,tnggungjwab yg diberikan pun trstop di tengah jalan..
saya terlalu memikrkan bagaimana akibatnya nanti..
like,if i study like this,the outcome might become like this,
if i study like that,the outcome might become like that...terlalu banyak dfikirkan resultnya..

pada saat bercakap dengan cik teman tersayang,saya menyedari mengapa harus fikirkan result sesuatu perkara sedangkan segalanya telah ditentukan,telah ditetapkan olehNya.
'pena telah terangkat,dan lembaran telahpun kering..'
mengapa perlu memenatkan diri memikirkan perkara rumit sebegitu..?

tidak perlu memikirkan segala result,biarlah segala result di tanganNya.
namun yang penting,adalah usaha sehabis mungkin.
mungkin ada yang terfikir,untuk apa usaha kalau sudah tertulis resultnya..
tapi tapi tapi...
tahukah kita akan resultnya??
sudah mnjadi 1 yang normal,kalau nak result yang baik,kena usaha keras...
jadinya usaha keras,sebaik mungkin.
dan dikala usaha keras namun resultnya di mata kita tidak baik,terima la dengan tenang..
itulah,saat dimana pergantungan kita diletak sepenuh padanya..
Allah Ar-Rahman,Ar-Rahim.
tidak akan meletakkan kita pada sesuatu yang tidak baik untuk kita.

Astaghfirullah.
saya risau memikrkan result saya di masa hadapan.padhal segala itu sudah ditentukan olehNya..
kerna itu saya merasakan diri saya diuji..
untuk melihat sejauh mana pengharapan saya padaNya.
dari situ,saya muhasabah semula bagaimana pengharapan saya padaNya.....

'Dan sungguh Kami akan berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.'[2:155]

jadi,wahai diri,usaha sehabis mungkin kerana segalaNya telah ditetapkan olehNya..
yakin Dia akan memberi yang terbaik untuk diri...^^

'....boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula)kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[2:216]


p/s:memohon maaf dri cik hikari kerna mungkin dlm ketika saya xtntu arah itu,mlkukan sesuatu yg mngguris hati...inni uhibbuki fillah..